rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Percubaan menggunakan Kopete.

Baru masuk hari yang kedua saya mencuba KDE4 pada Ubuntu. Bermaksud sistem saya sekarang adalah hybrid Ubuntu+Kubuntu. Saja nak merasai KDE environment. Sememangnya selama ini saya begitu tertarik dengan persembahan GUI KDE.

Walau apa jua pendapat, kita bebas memilih dan memberikan pandangan. Terpulang pada citarasa.. Namun begitu, saya lebih gemarkan Gnome kerana konfigurasi yang lebih simple dan mudah. Catatan kali ini berkisar tentang Kopete (KDE default instant mesengger).

Kopete+kdewallet yang dibuka pada Gnome (Ubuntu).

Saya menggunakan Kopete adalah sebagai alternatif kepada Pidgin kerana menghadapi sedikit masalah apabila join conference menerusi yahoo account.
Sewaktu menggunakan Pidgin, kadangkala saya tidak dapat membaca atau mesej yang ditaip tidak dapat dilihat oleh orang lain (tidak pasti adakah kerana Pidgin atau kelemahan yahoo conference itu sendiri). Gunakan empathy tetapi menghadapi masalah yang sama.

Sewaktu menggunakan Kopete dalam KDE, seorang rakan telah invite saya untuk join yahoo conference. Pada waktu itu seolah-olah tidak timbul masalah. Selang satu jam selepas itu membuka Kopete melalui Gnome, tidak lama kemudian ia crash (fatal error). Beberapa kali percubaan, tidak berjaya..

Saya mula terfikir, adakah kerana Kopete lebih sesuai digunakan dalam environment nya sendiri? Logout dan Login kembali menggunakan KDE session.
Sehingga larut malam, fatal error tetap juga berlaku. Malangnya, setelah registered di laman KDE Bugzilla barulah teringat tidak ambil screenshot dan terlupa pula penyebab bugs itu. Terlepas peluang untuk menyalurkan maklumat bugs kali ini dan sekali lagi terlepas meeting via yahoo conference..

sedikit update:


Saya berkesempatan untuk sekali lagi mencuba Kopete. Dan kali ni sempat print screen fatal error di atas.

Kemudian login ke bugs.kde.org untuk melaporkan bugs tersebut. Inilah hasil yang dijumpai berkenaan bugs tersebut:

Nampaknya perlu tunggu sehingga ianya berjaya diselesaikan..

Efek Compiz Fusion hanya dengan Metacity tanpa restricted driver.

Compiz Fusion adalah himpunan sistem konfigurasi dan set plugin untuk Compiz compositing window manager bagi X Window System. Ia terhasil daripada penggabungan di antara "Compiz Extra" (set plugin komuniti Compiz lama) dan projek Beryl di mana keduanya merupakan teras window manager yang berasingan.

Sebelum ini, untuk mengaktifkan efek compiz saya perlu memaksimumkan keupayaan kad grafik Ati Radeon HD 2300 laptop yang saya gunakan sekarang. Namun ia mendatangkan masalah kerana source code driver grafik kad ini tidak diberikan oleh vendor kepada komuniti open source untuk diterjemahkan agar selari dengan keperluan dunia Linux. Oleh kerana Ubuntu tidak hanya bergantung kepada free+open source semata-mata dan memahami wujudnya keperluan menggunakan driver walaupun bukan open source, maka ia diselitkan sebagai restricted driver.

Ini membuktikan bahawa Linux adalah sistem pengendalian yang paling fleksible memandangkan ia tetap mampu disesuaikan dalam apa jua keadaan walaupun berhadapan dengan closed source.

Ok, kembali kepada topik..
Compiz Fusion memerlukan keupayaan grafik kad yang agak tinggi memandangkan ia akan membolehkan efek 3D. Saya ingin menggunakan Compiz Fusion pada laptop ini tetapi dibatasi oleh restricted driver kad grafik.

Isu yang timbul:
1 ) perlu download dan activate restricted driver. (ini tiada masalah)
2 ) namun sebaik sahaja activate, laptop pasti freeze/hang dan overheating.
3 ) walaupun selepas deactivate restricted driver, sistem akan terasa 'berat'.
4 ) jalan mudah untuk menyelesaikan masalah di atas adalah dengan format semula pada /boot dan /.

Sewaktu menggunakan 8.04 (Hardy Heron) saya tidak dapat menggunakan Compiz Fusion namun 8.10 (Intrepid Ibex) telah membuatkan saya tersenyum lebar.

Berikut adalah langkah untuk menyelesaikan masalah saya untuk menikmati efek Compiz tanpa restricted driver dan hanya menggunakan Metacity Window Manager (membuatkan sistem saya kekal 'ringan' walaupun dengan efek Compiz Fusion).

1 ) Install :


2 ) Launch Compiz Fusion Icon. Applications>System Tools>Compiz Fusion Icon dan ia akan muncul pada :


3 ) Arahkan cursor pada icon seperti di atas, right click>Select Window Manager>Metacity.

4 ) System>Preferences>Appearence>Visual Effects>Extra.


5 ) Anda mungkin akan ditanya untuk install/activate driver samada restricted atau tidak. Dalam kes ini, saya tidak activate restricted driver. Akan tetapi adalah amat disarankan untuk activate driver kad grafik anda sekiranya ia sudah di'open source'kan.. =)

6 ) Arahkan cursor pada icon, right click>Setting Manager.


7 ) Tetingkap CompizConfig Setting Manager akan terbuka.


8 ) Sekarang, bolehlah enable mana-mana efek yang anda inginkan.

9 ) Kemudian, restart komputer anda. Saya telah mencuba cara ini pada Acer Aspire 4710G yang saya gunakan sekarang dan Compaq nx6310 dan ianya berjaya.

nx6310 mempunyai specifikasi hardware rendah yang dahulunya menggunakan Xubuntu-sekarang Ubuntu dan saya tidak menjangkakan efek Compiz Fusion dapat berfungsi dengan baik padanya (menggunakan driver-tidak restricted). Malah, Intrepid Ibex lebih ringan untuk digunakan pada nx6310 itu berbanding Hardy Heron. Linux+open source software, sungguh menakjubkan =) !!

Touch freeze

Apabila menaip menggunakan laptop kadang-kadang terganggu juga apabila tersentuh touchpad secara tidak sengaja. Sekali-sekala cursor lari ke sana ke mari..nak kejar semula, itu yang melambatkan kerja hehe..

Terfikir juga untuk disable sahaja touchpad ni tapi leceh pula bila tak dapat menggunakan mouse. Akhirnya, saya terjumpa TouchFreeze oleh Stefan Kombrink yang boleh diinstall melalui Application>Add/Remove. Cubalah..