rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Ubuntu - Distro Terbaik Linux Untuk Desktop

Ubuntu 8.10 @ Intrepid Ibex yang merupakan versi distro Linux terbaru daripada Canonical adalah lebih cemerlang berbanding versi desktop oleh Red Hat dan Novell. Boleh juga dikatakan ia adalah alternatif terbaik kepada sistem pengendalian (operating sistem) Microsoft dan Apple. Walaubagaimanapun, distro Red Hat Enterprise Linux dan SUSE Novell lebih terkedepan mengatasi penguasaan server Ubuntu 8.10.

Selain memiliki kekuatan dan kelebihan dari sudut promosi berbanding distro yang lain, Intrepid Ibex mampu mendapat tempat di tangga teratas kerana kejayaan dalam pembangunannya yang menumpukan perhatian kepada tambah nilai terhadap keupayaan penggunaannya, pakej perisian sedia untuk dipasang dan komuniti pengguna serta penyumbang yang besar. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan ia merupakan pesaing utama kepada Microsoft dan Apple untuk sistem pengoperasian desktop.

Memberi tumpuan kepada pasaran pengguna secara keseluruhan (mid range dan ke bawah), kebanyakan pengguna menghadapi kesukaran apabila perlu menggunakan perisian yang 'Linux compatible' atau 'Linux-supporting software'. Namun dengan Ubuntu, peluang kejayaan dalam mengatasi kesukaran ini adalah lebih baik. Begitu juga dengan komponen hardware di mana Ubuntu merupakan salah satu distro terbesar. Ini kerana Ubuntu tidak hanya menghadkan kebergantungannya kepada sumber terbuka semata-mata, ia juga mengandungi perisian 'closed-source' @ 'restricted' untuk digunakan bersamanya sekiranya perlu.

Selain itu, melalui platformnya yang pelbagai dalam pembangunan komunikasi serta kerjasama di antara pengguna dan pembangun, setiap projek Ubuntu mempunyai integrasi kerja, 'bug testing' dan penyelesaian masalah yang banyak serta boleh didapati @ diakses hanya melalui enjin carian disebabkan kapasiti pengguna yang besar. Ini juga adalah faktor mengapa Ubuntu menjadi pilihan di kalangan distro yang lain.

Sebagai contoh, Ubuntu telah dicuba pada MSI Wind U100 netbook (mempunyai Realtech wireless adapter dan tiada 'built-in driver support' oleh mana-mana kernel Linux. 'Driver' yang bersesuaian boleh dijumpai di internet untuk Red Hat Fedora, OpenSUSE dan Ubuntu beserta arahan untuk 'compile' bagi ketiga-tiganya sistem pengendalian tersebut. Walaubagaimanapun, Ubuntu mempunyai driver tersebut yang sudah di 'precompile', dipakejkan dan sedia untuk dipasang (ready-to-install driver) yang disediakan oleh ahli komuniti secara sukarela.

Di antara pilihan alternatif bagi Linux desktop, saingan hebat bagi Intrepid Ibex ini adalah Ubuntu 8.04 yang juga dikenali sebagai Hardy Heron. Versi 8.04 ini merupakan pelepasan 'Long-Term Support' di mana ia mempunyai 3 tahun sokongan dan kemaskini untuk desktop dan 5 tahun untuk server.

Ini menjadikan Ubuntu 8.10 mempunyai kekurangan dan kelemahan yang mana ia hanya akan disokong untuk tempoh 18 bulan sahaja sebelum segala sumber sokongan dan kemaskini ditutup. Bermakna, pengguna perlu beralih kepada versi yang baru selepas itu. Walaupun begitu, pengguna tidak perlu risau kerana Ubuntu sungguh mudah untuk dinaiktaraf samada menggunakan 'bootable CD', media USB atau juga menggunakan sistem Update Manager yang telah tersedia.


Lain pula kisahnya dengan Ubuntu 8.10 server.

Dari sudut bertentangan pula Interpid Ibex ini masih belum berjaya menandingi kekuatan dan keupayaan distro seperti Red Hat Enterprise Linux bersama distro percumanya (Fedora) serta CentOS dalam penguasaan server.

Walaupun Ubuntu dilengkapi dengan AppArmor sebagai 'security framework', distro Red Hat kekal mendahului Ubuntu dalam keupayaan keselamatan. Uncomplicated Firewall (ufw) yang merupakan salah satu pembaharuan dalam 8.10 juga masih ketinggalan pada kemudahan 'firewall' Linux milik Red Hat dan Novell.

Oleh kerana Ubuntu 'virtualization tools' adalah berasaskan sistem vibvirt dan KVM oleh Red Hat maka kemaskini berkaitan dari Red Hat jelas mendahului Ubuntu.

Namun, baru-baru ini Ubuntu berjaya menguasai keseluruhan server yang digunakan oleh Wikipedia Foundation selepas pengumuman Wikipedia bahawa server Ubuntu merupakan piawaian terbaru mereka. (Wikipedia merupakan salah satu laman di internet yang mempunyai struktur rekaan berkapasiti besar yang juga memerlukan keupayaan besar).

Server Ubuntu juga kini membenarkan pengendali berinteraksi dengan sistem menggunakan command line dan syntax serupa dengan yang digunakan pada Red Hat. Ia membolehkan penegndalian lebih mudah disesuaikan kepada mereka yang terbiasa dengan distro Red Hat.

8.10 dilengkapi dengan 'GNOME desktop environment' (2.24.1) dan kernel Linux (2.6.27) terbaru yang pastinya memperbaiki keupayaan versi sebelumnya.

Intrepid Ibex mendapat kritikan hebat kerana tidak menyertakan Open Office 3.0 dalam pakej nya kerana Open Office 3.0 sendiri mengalami kelewatan dalam pelancarannya menyebabkan tidak dapat dimuatkan mengikut jadual namun pemasangannya yang mudah melalui 'Personal Packaging Archive' berjaya membuatkan kekurangan itu tidak begitu dirasai.