Inilah salah satu kelebihan pada Ubuntu yang saya gemari, tidak perlu install perisian lain untuk menukar tema. Hanya klik pada System>Preferences>Appearance dan pilih sahaja theme yang diingini.
Sekiranya ingin install theme yang lain (tidak disertakan secara default) bolehlah melayari gnome-look.org untuk download theme yang lain.
Setelah menggunakan DarkRoom sejak 8.10 beta, saya masih lagi tidak berpuas hati. DarkRoom theme terlalu gelap untuk saya. Kemudiannya saya install Ubuntu Studio theme dan yang berkaitan dengannya (sekadar ingin melihat-lihat dan mencuba). Wah !! Kali ini saya berpuas hati dengan theme dan wallpaper yang disertakan bersamanya. Mungkin juga kerana saya menggemari warna biru dan theme ini tidak menyakitkan mata sekiranya saya perlu duduk di hadapan monitor untuk jangka masa yang panjang.

