Sebelum ini, untuk mengaktifkan efek compiz saya perlu memaksimumkan keupayaan kad grafik Ati Radeon HD 2300 laptop yang saya gunakan sekarang. Namun ia mendatangkan masalah kerana source code driver grafik kad ini tidak diberikan oleh vendor kepada komuniti open source untuk diterjemahkan agar selari dengan keperluan dunia Linux. Oleh kerana Ubuntu tidak hanya bergantung kepada free+open source semata-mata dan memahami wujudnya keperluan menggunakan driver walaupun bukan open source, maka ia diselitkan sebagai restricted driver.
Ini membuktikan bahawa Linux adalah sistem pengendalian yang paling fleksible memandangkan ia tetap mampu disesuaikan dalam apa jua keadaan walaupun berhadapan dengan closed source.
Ok, kembali kepada topik..
Compiz Fusion memerlukan keupayaan grafik kad yang agak tinggi memandangkan ia akan membolehkan efek 3D. Saya ingin menggunakan Compiz Fusion pada laptop ini tetapi dibatasi oleh restricted driver kad grafik.
Isu yang timbul:
1 ) perlu download dan activate restricted driver. (ini tiada masalah)
2 ) namun sebaik sahaja activate, laptop pasti freeze/hang dan overheating.
3 ) walaupun selepas deactivate restricted driver, sistem akan terasa 'berat'.
4 ) jalan mudah untuk menyelesaikan masalah di atas adalah dengan format semula pada /boot dan /.
Sewaktu menggunakan 8.04 (Hardy Heron) saya tidak dapat menggunakan Compiz Fusion namun 8.10 (Intrepid Ibex) telah membuatkan saya tersenyum lebar.
Berikut adalah langkah untuk menyelesaikan masalah saya untuk menikmati efek Compiz tanpa restricted driver dan hanya menggunakan Metacity Window Manager (membuatkan sistem saya kekal 'ringan' walaupun dengan efek Compiz Fusion).
1 ) Install :

2 ) Launch Compiz Fusion Icon. Applications>System Tools>Compiz Fusion Icon dan ia akan muncul pada :

3 ) Arahkan cursor pada icon seperti di atas, right click>Select Window Manager>Metacity.
4 ) System>Preferences>Appearence>Visual Effects>Extra.

4 ) System>Preferences>Appearence>Visual Effects>Extra.

5 ) Anda mungkin akan ditanya untuk install/activate driver samada restricted atau tidak. Dalam kes ini, saya tidak activate restricted driver. Akan tetapi adalah amat disarankan untuk activate driver kad grafik anda sekiranya ia sudah di'open source'kan.. =)
6 ) Arahkan cursor pada icon, right click>Setting Manager.

6 ) Arahkan cursor pada icon, right click>Setting Manager.

7 ) Tetingkap CompizConfig Setting Manager akan terbuka.

8 ) Sekarang, bolehlah enable mana-mana efek yang anda inginkan.
9 ) Kemudian, restart komputer anda. Saya telah mencuba cara ini pada Acer Aspire 4710G yang saya gunakan sekarang dan Compaq nx6310 dan ianya berjaya.
nx6310 mempunyai specifikasi hardware rendah yang dahulunya menggunakan Xubuntu-sekarang Ubuntu dan saya tidak menjangkakan efek Compiz Fusion dapat berfungsi dengan baik padanya (menggunakan driver-tidak restricted). Malah, Intrepid Ibex lebih ringan untuk digunakan pada nx6310 itu berbanding Hardy Heron. Linux+open source software, sungguh menakjubkan =) !!

0 ulasan:
Catat Ulasan